Future Life

Future Life

Followers

Friday 20 November 2015

Teduhan Kasih

Bila sebut pasal berteduh ni, kita mesti faham macam kita lindungi diri kita daripada disakiti atau terkena sesuatu atau hendak berasa selesa . Kasih pulak kita difahamkan iaitu disayangi oleh seseorang , dan kasih ini berhubung kait dengan hati . Secara bahasa pasar, teduhan kasih ini lebih kepada meneduh kasih daripada seseorang untuk meluangkan masa , bermesra dan meluahkan perasaan . Itulah teduhan kasih. 

Seperti aku yang sekarang , sentiasa cuba untuk mencari kasih . Untuk mengembirakan hati ni. Sudah menjadi kiblat kehidupan manusia , tidak pernah berpuas dengan apa yang sedia ada. Tampa sedar kita sakitkan hati orang lain dan tanpa juga kita sedar kita juga disakiti. Itulah mainan hati untuk makluk yang bernama Manusia. Seperti aku sentiasa cuba mencari seseorang yang boleh bahagiakan aku. Seorang yang dapat membuat aku tersenyum ketawa . Tapi sayangnya nasib tidak pernah menyebelahi aku. Aku ni diibaratkan Habis Madu Sepah Dibuang yang sememangnya ditakdirkan untuk tidak dihargai . Kehidupan aku sentiasa disakiti. Dipenuhi dengan air mata , tangis yang sentiasa membasahi pipi akibat soal hati yang sentiasa dihiris terluka oleh ihsan yang bernama Manusia. Sudah menjadi takdir ilahi hati akan berubah rubah. Itulah aku .

Berteduh kasih apabila sunyi. Hadirnya seorang Insan. Bermula huruf F namanya. Seperti namaku . Ditakdirkan aku diketemukan dengan dia di laman sosial Facebook . Dia salah seorang siswa di tempat aku belajar sekarang. Orangnya berkulit putih pucat dan matanya sepet macam anak cina. Di awal pengenalan dia cukup ramah sehinggakan aku leka berchatting dengan dia . Cukup ramah buat aku suka cara dia melayan aku . Tapi tak ditakdirkan kami terus berkenalan. Rupanya hatinya sudah dimiliki oleh orang lain. Alahkan hancur hati aku bila aku tahu semua tu. Hati sebak membisu tak terkata apa bila teman hidupan menghantar Whatsapp pada aku memberitahu agar jahui F . Aku dalam nada nak pertahankan hak aku, aku cuba menjawab . Akhirnya aku diblock . Hubunga kami berakhir begitu sahaja tanpa khabar berita . Aku baru kenali dia tapi dalam beberapa hari sahaja aku mula suka dengan sikap dia. Jujur dia lain daripada semua kenalan aku. Tapi itu menjadi kenangan selepas aku dilupakan . Masa itu aku jadi serik nak berkenalan kerana kelemahan aku adalah Mudah sayangkan orang

Berbulan lebih baru aku mendapat friend request di Facebook. A**** . Aku seronok campur malu. Tapi aku approve juga sampai lah kami mula chatting.Dia ceritakan semua yang berlaku. Aku memahaminya dan aku cuba faham sintuasinya yang sudah dimiliki orang. Dia masih berhubungn dengan pemilik hatinya dan tanpa aku tahu dia menghubung aku ketika dia bersama pasangannya. Aku belum tahu sehingga lah keesokan harinya aku di block di Whatsapp dan Wechat. Ya Allah tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa . Aku tak kuat sebab rasa sayang tu ada semula. Aku cuma untuk meraih simpati pada awalnya . Aku sayangkan dia tapi dia milik orang . Aku berkali dimaki oleh pasanganya tapi aku tak pernah serik untuk hubung nya . Sebab aku aggap dia saydara aku dan dia cuma anggap aku sebagai adikknya . Aku lega kerana sekarang kami masih berhubung . Walaupun dalam diam penuh rahsia , walaupun seketika . Aku bahagia . Sebab dia masih ada untuk aku . Aku cuma berteduh kasih seoranf insan yang boleh buat aku tersenyum bila dapat Chat darinya . 


Aku nak dia tahu aku sayangkan dia lebih daripada seorang abang . Tapi aku takkan mengharap apa apa kerana dia milik orang dan aku sentiasa berharap hubungan dia dan pasanganya sentiasa dalam keadaan yang baik .Aku tidak mahu menjadi penghalang hubungan mereka . Cukuplah dia menggangap aku sebagai adiknya . Aku berhenti mengharap tapi tak bererti aku tak sayangkan dia. Aku sayangkan dia . Dia tempat aku meraih simpati dan berteduh kasih. Hati bukan untuk dimiliki tapi untuk mencintai dan dicintai . Buat apa aku miliki dia kalau hati aku tak disayangi? Aku bersyukur. Terima kasih . Aku doakan kamu bahagia hingga akhir hayat . Aku pasrah 🍂

Tuesday 17 November 2015

Kenapa Aku Meroyan

Aku semakin hari semakin rasa yang kat dia . Tiap masa aku mesej dia . Apa aktiviti seharian aku semua aku akan beritahu fia walapun dia tak suruh . Tapi sebab rasa sayang terhadap dia . Aku sanggup . Aku percayakan dia sebab aku tahu dia takkan kecewakan aku kali ni . Tapi semakin hari dalam masa tak sampai seminggu aku dah nampak pudarnya manis cinta dia terhadap aku . Aku sabar tapi aku tak cakap . Aku pendamkan apa aku rasa sebab aku takut kalau aku cakap nampak macam aku terlalu over dan paksa dia . Sehingga lah harini seharian dia tak chat aku . Langsung tak ada mesej dari dia . Semua chat aku di Whatsapp dia bluetick dan last seen . Tiap masa last seen dia update . Ya allah sakitnya apa yang aku rasa . Ini sebab aku takut untuk sayang orang sekali lagi . Aku sedar akan silap aku . Mungkin aku terlalu prasangka buruk sangat kepada dia . Tapi aku jadi macam tu sebab apa? Sebab aku sayang dan cintakan dia . Aku dah tak sanggup hilang orang yang aku sayang sekali lagi . Bukan mudah nak sayangkan orang dan letakan sepenuh harapan kat seseorang . Tapi kenapa selalu pengakhiran begini hah? Aku terlalu memaksa ka? Ya allah bukan begitu niatku . Niat di hati jauh sama sekali daripada nak memaksa tu . Hati yang dia sentiasa berada dalam keadaan yang baik . Kalau dia tak balas chat tiba tiba memang kita akan rasa tak selesa dan sebak . Sangat terkilan . Tiap masa ku buka fon aku tengok last seen dia , sentiasa update tapi semua chat aku dia tak balas , bahkan dia bluetick ja . Aku mengaku aku mudah sayangkan orang tapi diri tak boleh paksa apa yang orang tak suka . Kalau ini takdir pengakhiran begini , sekali lagi aku terima dengan hati yang amat pasrah . Aku berharap dia akan bahagia dengan future dia yang bakal berumah tangga .

Aku bukan lemah tanpa cinta tapi hanya tak mampu aku sendirian tanpanyaa . Biarlah diri ini managis kerana derita aku ni . Biar hati ni mengubatkan rindu sendiri . Ia sememangnya mengajarkan aku erti cinta . Namun semuanya tiadaklah seindahnya yang aku sangkakan selama ini . Aku hanya mampu melupakannya . Aku hanya mampu untuk aku pendamkan semua rasaku . Namun semuaaaa ni hanya tinggal mimpi yang bakal terpisah jua 😔

Aku berdoa agar kau bahagia dengan pilihanmu . Aku cuba lupakan smua kenangan kita .

Wednesday 11 November 2015

Hadir Rasa Sayang

Bila kau dah mula sayang seseorang tu, kau akan sanggup korbankan semua nya untuk dia , termasuk airmata, kadangkala benda tu lagi difikir lagi sakit. Tapi otu takdir ilahi, sudah ditakdir ciptaan ilahi mempunyai hati dan perasaan yang kadangkala berbunga dengan kegembiraan dan kadangkala terhiris dengan kesedihan . 

Aku mula sayangkan seseorang yang baru aku kenal, aku berjumpa denganya , aku tertarik dengan tatapan nya, senyuman yang amat manis amat mencuri hati dan perasaan aku. Hati aku melonjak dan berdebar debar fikirkan dia. Diteruskan perbualan dengan bercerita di sebuah kedai tentanf diri masing-masing. Dia pekenalkan dirinya dengan umur ** .Aku agak terkejut kerana orangnya kecik sahaja tapi cukup besar mencuri hati aku. Sepanjang perbualan aku tak lekang dengan sikap nakal aku mencuri memandangnya. Matanya yang kecil seperti cina buat aku rasa cukup meronta ronta bila fikirkannya dan tenung wajah dia . Setelah jam 1.40 Pagi , dia bergerak menghantar aku pulang semula ke tenpat kami jumpa. Dia menaiki kereta . Berat nak tinggalkan dia tapi aku kuat juga . Sebab aku takut untuk menyayangi orang lagi . Aku terlalu takut aku akan terjatuh tersungkur sekali lagi . 

Pada esok harinya, aku cuba tinggalkan pesanan kepadanya melalui Wechat , tapi mesej aku diabaikan . Aku diam , taki hanya 10minit aku mampu bertahan, Aku cuba untuk menghantar pesanan lagi, Juga tidak ada balas. Aku semakin akur dab hampa. Tiba-tiba ada mesej harinya yang memberi tahu batterynya dan nak habis. Aku kembali tenang. Di waktu itu aku di tempat kerja. Aku tak boleh tenang dan duduk diam, hanya dia aku terpikir . Kepala ku hanya ada dia , teringan tawa dan senyuman manisnya. Arhhhh! rasa tak kuat sangat hati ni, aku tunggu waktu habis kerja dan aku cuba hantar chat kepadanya lagi. Tidak ada respon . Begitu lama mesej aku dibiar tanpa ada respon . Takut nak mesej berkali kali, takut orang rasa rimas dan tak faham .Tiba-tiba dia chat aku pada jam 1pagi, dia meminta untuk menelefob aku.

Aku angkat telefonya dan kamj berbual, dan disitu dia menceritakan segala masalahnya yang dia hadapan, dan dia ceritakan beberapa kebenaran yang sebenar daripada apa yang dia cerita pada saat pertama kali kami berjumpa. Alangkah hancur hati aku bila dapat tahu kebenaran bahagia dia dah berpunya hati. Hatinya milik orang. Hati aku terkilan dan berkecai. Aku tak tahu kenapa perasaan begitu hadir padahal baru sekali sahaja aku jumpa dia. Aku takut jatuh ya allah .  Aku tak kuat. Arhhhh nak jerit sekuat kuat hati aku, tapi jeritan aku hanya bergema dalam hati yang kosong dan retak ni. Patah seribu hati ni. Aku cuba tenang dan tidak menunjukkan apa sebenarnya aku rasa . Dengan tiba tiba kelopak mata aku bertakungan airmata, lalu tidak kuat aku mengugurkanya ke pipi kasar aku. Aku menitis airmata kerana dia? Ya allah, kenapa perlu aku menitiskan air mata? Aku sebenarnya aku rasa . Kuatkan lah aku ya Allah ... 


bersambung....

Tuesday 3 November 2015

Menjejak dunia yang Palsu

Sakit ! sakit aku sendiri yang cari, aku tak tahu apa sekarang aku ras,tiap hari hati aku gelisah . Tiap hari aku cari manusia mana yang dapat buat aku bahagia,sekarang aku jujur perlukan perhatian. Tapi bukan sampai tahap aku nak rosakkan kebahagiaan orang lain. Aku tak bermaksud begitu . Main dengan hati bukan bagai main dengan api . Bahkan lagi sakit jikalau bermain dengan hati ni. Macam macam dalam benak fikiran ni aku fikirkan. Semua buat aku kusut . Kehidupan aku sekarang berubah corak menjadi tidak sempurna. Allah maha adil. Tapi aku yang tak cuba mencari kebahagiaan tu .Aku dok merayu kat orang , padahal orang ade kebahgiaan sendiri. Aku mudah sayangkan orang sampai satu masa aku yang seronok sendiri. Balik hati aku yang terluka dan tersiksa. Hati kecil aku tiap masa menjerit, merayu dan meraih simpati orang sekeliling, TIADA! tiada siapa yang dengar jeritan hati lara ni. aku redha dengan ketentuan ilahi tapi aor mata tetap mengalir. 
HAI SEMUA , sYE harap korang boleh LIKE FANPAGE SAYE . tekan LIKE di bawah :)