Future Life

Future Life

Followers

Wednesday 11 November 2015

Hadir Rasa Sayang

Bila kau dah mula sayang seseorang tu, kau akan sanggup korbankan semua nya untuk dia , termasuk airmata, kadangkala benda tu lagi difikir lagi sakit. Tapi otu takdir ilahi, sudah ditakdir ciptaan ilahi mempunyai hati dan perasaan yang kadangkala berbunga dengan kegembiraan dan kadangkala terhiris dengan kesedihan . 

Aku mula sayangkan seseorang yang baru aku kenal, aku berjumpa denganya , aku tertarik dengan tatapan nya, senyuman yang amat manis amat mencuri hati dan perasaan aku. Hati aku melonjak dan berdebar debar fikirkan dia. Diteruskan perbualan dengan bercerita di sebuah kedai tentanf diri masing-masing. Dia pekenalkan dirinya dengan umur ** .Aku agak terkejut kerana orangnya kecik sahaja tapi cukup besar mencuri hati aku. Sepanjang perbualan aku tak lekang dengan sikap nakal aku mencuri memandangnya. Matanya yang kecil seperti cina buat aku rasa cukup meronta ronta bila fikirkannya dan tenung wajah dia . Setelah jam 1.40 Pagi , dia bergerak menghantar aku pulang semula ke tenpat kami jumpa. Dia menaiki kereta . Berat nak tinggalkan dia tapi aku kuat juga . Sebab aku takut untuk menyayangi orang lagi . Aku terlalu takut aku akan terjatuh tersungkur sekali lagi . 

Pada esok harinya, aku cuba tinggalkan pesanan kepadanya melalui Wechat , tapi mesej aku diabaikan . Aku diam , taki hanya 10minit aku mampu bertahan, Aku cuba untuk menghantar pesanan lagi, Juga tidak ada balas. Aku semakin akur dab hampa. Tiba-tiba ada mesej harinya yang memberi tahu batterynya dan nak habis. Aku kembali tenang. Di waktu itu aku di tempat kerja. Aku tak boleh tenang dan duduk diam, hanya dia aku terpikir . Kepala ku hanya ada dia , teringan tawa dan senyuman manisnya. Arhhhh! rasa tak kuat sangat hati ni, aku tunggu waktu habis kerja dan aku cuba hantar chat kepadanya lagi. Tidak ada respon . Begitu lama mesej aku dibiar tanpa ada respon . Takut nak mesej berkali kali, takut orang rasa rimas dan tak faham .Tiba-tiba dia chat aku pada jam 1pagi, dia meminta untuk menelefob aku.

Aku angkat telefonya dan kamj berbual, dan disitu dia menceritakan segala masalahnya yang dia hadapan, dan dia ceritakan beberapa kebenaran yang sebenar daripada apa yang dia cerita pada saat pertama kali kami berjumpa. Alangkah hancur hati aku bila dapat tahu kebenaran bahagia dia dah berpunya hati. Hatinya milik orang. Hati aku terkilan dan berkecai. Aku tak tahu kenapa perasaan begitu hadir padahal baru sekali sahaja aku jumpa dia. Aku takut jatuh ya allah .  Aku tak kuat. Arhhhh nak jerit sekuat kuat hati aku, tapi jeritan aku hanya bergema dalam hati yang kosong dan retak ni. Patah seribu hati ni. Aku cuba tenang dan tidak menunjukkan apa sebenarnya aku rasa . Dengan tiba tiba kelopak mata aku bertakungan airmata, lalu tidak kuat aku mengugurkanya ke pipi kasar aku. Aku menitis airmata kerana dia? Ya allah, kenapa perlu aku menitiskan air mata? Aku sebenarnya aku rasa . Kuatkan lah aku ya Allah ... 


bersambung....

No comments:

Post a Comment

Asalamualaikum
korang semua comel/kacak
tinggalkanlah komen sikit
(^_^)

HAI SEMUA , sYE harap korang boleh LIKE FANPAGE SAYE . tekan LIKE di bawah :)