Future Life

Future Life

Followers

Friday 20 November 2015

Teduhan Kasih

Bila sebut pasal berteduh ni, kita mesti faham macam kita lindungi diri kita daripada disakiti atau terkena sesuatu atau hendak berasa selesa . Kasih pulak kita difahamkan iaitu disayangi oleh seseorang , dan kasih ini berhubung kait dengan hati . Secara bahasa pasar, teduhan kasih ini lebih kepada meneduh kasih daripada seseorang untuk meluangkan masa , bermesra dan meluahkan perasaan . Itulah teduhan kasih. 

Seperti aku yang sekarang , sentiasa cuba untuk mencari kasih . Untuk mengembirakan hati ni. Sudah menjadi kiblat kehidupan manusia , tidak pernah berpuas dengan apa yang sedia ada. Tampa sedar kita sakitkan hati orang lain dan tanpa juga kita sedar kita juga disakiti. Itulah mainan hati untuk makluk yang bernama Manusia. Seperti aku sentiasa cuba mencari seseorang yang boleh bahagiakan aku. Seorang yang dapat membuat aku tersenyum ketawa . Tapi sayangnya nasib tidak pernah menyebelahi aku. Aku ni diibaratkan Habis Madu Sepah Dibuang yang sememangnya ditakdirkan untuk tidak dihargai . Kehidupan aku sentiasa disakiti. Dipenuhi dengan air mata , tangis yang sentiasa membasahi pipi akibat soal hati yang sentiasa dihiris terluka oleh ihsan yang bernama Manusia. Sudah menjadi takdir ilahi hati akan berubah rubah. Itulah aku .

Berteduh kasih apabila sunyi. Hadirnya seorang Insan. Bermula huruf F namanya. Seperti namaku . Ditakdirkan aku diketemukan dengan dia di laman sosial Facebook . Dia salah seorang siswa di tempat aku belajar sekarang. Orangnya berkulit putih pucat dan matanya sepet macam anak cina. Di awal pengenalan dia cukup ramah sehinggakan aku leka berchatting dengan dia . Cukup ramah buat aku suka cara dia melayan aku . Tapi tak ditakdirkan kami terus berkenalan. Rupanya hatinya sudah dimiliki oleh orang lain. Alahkan hancur hati aku bila aku tahu semua tu. Hati sebak membisu tak terkata apa bila teman hidupan menghantar Whatsapp pada aku memberitahu agar jahui F . Aku dalam nada nak pertahankan hak aku, aku cuba menjawab . Akhirnya aku diblock . Hubunga kami berakhir begitu sahaja tanpa khabar berita . Aku baru kenali dia tapi dalam beberapa hari sahaja aku mula suka dengan sikap dia. Jujur dia lain daripada semua kenalan aku. Tapi itu menjadi kenangan selepas aku dilupakan . Masa itu aku jadi serik nak berkenalan kerana kelemahan aku adalah Mudah sayangkan orang

Berbulan lebih baru aku mendapat friend request di Facebook. A**** . Aku seronok campur malu. Tapi aku approve juga sampai lah kami mula chatting.Dia ceritakan semua yang berlaku. Aku memahaminya dan aku cuba faham sintuasinya yang sudah dimiliki orang. Dia masih berhubungn dengan pemilik hatinya dan tanpa aku tahu dia menghubung aku ketika dia bersama pasangannya. Aku belum tahu sehingga lah keesokan harinya aku di block di Whatsapp dan Wechat. Ya Allah tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasa . Aku tak kuat sebab rasa sayang tu ada semula. Aku cuma untuk meraih simpati pada awalnya . Aku sayangkan dia tapi dia milik orang . Aku berkali dimaki oleh pasanganya tapi aku tak pernah serik untuk hubung nya . Sebab aku aggap dia saydara aku dan dia cuma anggap aku sebagai adikknya . Aku lega kerana sekarang kami masih berhubung . Walaupun dalam diam penuh rahsia , walaupun seketika . Aku bahagia . Sebab dia masih ada untuk aku . Aku cuma berteduh kasih seoranf insan yang boleh buat aku tersenyum bila dapat Chat darinya . 


Aku nak dia tahu aku sayangkan dia lebih daripada seorang abang . Tapi aku takkan mengharap apa apa kerana dia milik orang dan aku sentiasa berharap hubungan dia dan pasanganya sentiasa dalam keadaan yang baik .Aku tidak mahu menjadi penghalang hubungan mereka . Cukuplah dia menggangap aku sebagai adiknya . Aku berhenti mengharap tapi tak bererti aku tak sayangkan dia. Aku sayangkan dia . Dia tempat aku meraih simpati dan berteduh kasih. Hati bukan untuk dimiliki tapi untuk mencintai dan dicintai . Buat apa aku miliki dia kalau hati aku tak disayangi? Aku bersyukur. Terima kasih . Aku doakan kamu bahagia hingga akhir hayat . Aku pasrah 🍂

No comments:

Post a Comment

Asalamualaikum
korang semua comel/kacak
tinggalkanlah komen sikit
(^_^)

HAI SEMUA , sYE harap korang boleh LIKE FANPAGE SAYE . tekan LIKE di bawah :)